JALAN BUNGA RAYA KECIL
KG DATO SULAIMAN MENTERI
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR

No. Tel : 07-3334329

No. Faks : 07-3345245
http://kpatsni.blogspot.com


Sunday, 27 March 2011

tahniah kepada semua unit beruniform ;)

ALHAMDULILLAH..berakhir sudah pertandingan kawad kaki peringkat sekolah bagi tahun 2011..
setelah dibahagi darab tolak dan tambah..
KADET PERTAHANAN AWAM berjaya menjadi JOHAN tahun ini lagi..
memang tidak disangka-sangkakan oleh semua ahli diatas kemenangan ini lagi..
masa latihan masih ada ahli yang masih tidak fokus dan main-main lagi..
dan tadi semua ahli dapat memberikan komitmen yang terbaik semasa melakukan kawad kaki di dataran blok baru..
terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli..terima kasih diatas tunjuk ajar dan "denda" yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih kami..terima kasih diatas sokongan dan nasihat yang berguna oleh guru-guru KaPA TSNI ..tanpa KALIAN siapalah kami..
berikut adalah gambar sepanjang aktiviti pada hari sabtu .26 MAC 2011...
latihan terakhir sebelum pertandingan
SARJAN KaPA TSNI depan dari kanan..


semasa pertandingan

we did it !
acara yang dinanti-nantikan


terima kasih EN FAZLY..nasihat anda SANGAT BERMAKNA UTK KAMI ;)
tahniah ST JOHN AMBULANCE tempat kelima

tahniah PDRM (lelaki) tempat keempat
tahniah PKBM (L) tempat ketiga
 
tahniah PDRM (perempuan) tempat kedua


TAHNIAH KAPA TSNI..we did it ! KAMI JOHAN !
S/U KaPA TSNI 10/11 ;) hehe ^_^

Latihan kawad kaki

Pada 21 hingga 24 MAC 2011..
Ahli Kadet Pertahanan Awam telah membuat latihan kawad kaki untuk pertandingan kawad kaki pada hari sabtu, 26 MAC 2011.
Pelajar-pelajar yang tidak hadir sebelum-sebelum ini telah diberikan "ubat" oleh En Fazly . Kedatangan ahli yang aktif sebelum ini tidak memuaskan.
Hal itu menyebabkan tindakan dikenakan kepada ahli yang malas datang latihan. 
Ketua Platun KaPA


Perlahan jalan masih belum memuaskan




semua ahli memberikan perhatian yang tinggi semasa latihan. TQ. 






Terima kasih kepada Jurulatih-jurulatih daripada JPAM yang sudi turun padang melatih ahli KaPA TSNI iaitu 
Kpl Amierzal ,Kpl Azhari dan Staff Shah.  
Tidak lupa juga kepada semua guru-guru KaPA SMKTSNI
yang sentiasa memberikan sokongan dan perhatian yang tidak putus untuk kadet kami. 
Terima kasih semua ;)

Persembahan KaPA

Pada Isnin lepas iaitu 21 MAC 2011 
Unit beruniform Kadet Pertahanan Awam
telah membuat persembahan mingguan tetapi 
persembahan kami hanya dapat dilakukan pada sebelah petang kerana pada sebelah pagi perhimpunan mingguan dibatalkan. 
Kami telah membuat lakonan atau sketsa tentang cara-cara menangkap buaya. 
Terima kasih diatas tepukan dan perhatian 
daripada pelajar-pelajar petang akan persembahan yang kami jalankan. 

Harap maaf segala gambar dan video pada hari tersebut hilang dan terpaksa diformat balik memory cardnya..
Terima kasih kepada ahli-ahli KaPA yang terlibat dalam persembahan tersebut.

Monday, 21 March 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM AKAN DIADAKAN PADA

HARI : SABTU (26 MAC 2011)
TEMPAT : DATARAN BLOK BARU
MASA : 7.30 PAGI-12.00 TGH

BERILAH SOKONGAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KADET YANG TURUT SERTA DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT

SEDIA PANTAS BERINTERGRITI

KEPUTUSAN SPM 2010

Makluman kepada semua bekas anggota kadet KaPA yang telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2010 yang lalu, keputusan SPM akan dikeluarkan pada:

Tarikh : 23 Mac 2011
Hari : Rabu
Tempat : Surau Ar-Rahman
Masa : 9.30pagi hingga 1.00 ptg

Bekas anggota kadet dijemput hadir untuk mengambil keputusan pada hari tersebut.
anda dinasihatkan berpakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
hormatilah surau anda

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

Sekian
Harap maklum

Saturday, 12 March 2011

Cuti Sekolah

Selamat Bercuti kepada semua warga SMKTSNI..daripada ahli-ahli KaPA TSNI..
Semoga cuti ini dapat merehatkan fikiran dan badan selepas bulan februari lepas kita semua straight je sekolah..:D

tetapi kepada Ahli Kadet Pertahanan Awam ..latihan akan diadakan pada hari Isnin dan Selasa iaitu 14 dan 15 Mac 2011..Diharap sangat kerjasama daripada semua ahli..terutama sekali kepada ahli-ahli Senior yang seperti dah besar kepala ..Sila beri komitmen dan memberikan contoh yang terbaik kepada ahli-ahli Junior..