JALAN BUNGA RAYA KECIL
KG DATO SULAIMAN MENTERI
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR

No. Tel : 07-3334329

No. Faks : 07-3345245
http://kpatsni.blogspot.com


Wednesday, 25 January 2012

Selamat Menyambut tahun Baharu Cina dan Selamat Bercuti

Selamat menyambut tahun baharu cina kepada guru-guru dan pelajar berketurunan cina. Semoga Tahun Naga Air menceriakan anda  semua. 
Selamat bercuti kepada semua warga SMK Tun Syed Nasir  Ismail JB. Manfaatkan cuti ini dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah, membantu ibu bapa serta aktiviti yang berfaedah dan kembali ke sekolah dalam keadaan sihat walafiat

Monday, 16 January 2012

Perjumpaan Pertama Kadet Pertahanan Awam 2012

Perjumpaan Pertama anggota Kadet Pertahanan Awam akan diadakan pada

Tarikh : 1 Feb 2012
Hari    : Rabu
Masa  :  7.30-8.30 anggota sesi petang
             2.30-3.30 anggota sesi pagi
Pakaian Baju T-Shirt KaPA/Baju Kokurikulum/Baju Rumah Sukan

Semua anggota Kadet yang berdaftar diwajibkan hadir.

Perkhemahan Perdana 2012

Perkhemahan perdana SMK Tun Syed Nasir Ismail akan diadakan pada bulan april 2012, bertempat di Kota tinggi Johor. Ahli kadet yang berminat sila berhubung dengan Ltn Muda (PA) Mohd Fazly Salleh. Bayaran hanya RM20.00 terhad kepada 5 anggota pelajar bg setiap unit beruniform. Berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan.

Friday, 13 January 2012

Pendaftaran Unit Beruniform

Pada 9 januari (isnin) 2012 bertempat di Dewan Tun Syed Nasir Ismail telah dijalankan pendaftaran unit beruniform untuk pelajar tingkatan 1. Seramai 48 pelajar tingkatan 1 telah mendaftarkan diri sebagai anggota baru Kadet Pertahanan Awam (KaPA). Di harapkan agar anggota baru ini dapat menyambung legasi KaPA antara unit beruniform paling cemerlang dan menghasilkan pencapaian di peringkat Kebangsaan setiap tahun.

Senarai ajk tertinggi akan diumumkan kelak. Harap maklum

Tuesday, 3 January 2012

Selamat Kembali ke sekolah tahun 2012

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMK Tun Syed Nasir Ismail Johor Bahru khususnya kepada semua anggota Kadet Pertahanan Awam. Semoga tahun ini akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang daripada tahun 2011.
Untuk maklumat semua anggota Kadet Pertahanan Awam, perjumpaan ko kurikulum telah ditetapkan pada setiap hari rabu, maklumat yang lengkap akan diumumkan oleh PK Kokurikulum.