JALAN BUNGA RAYA KECIL
KG DATO SULAIMAN MENTERI
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR

No. Tel : 07-3334329

No. Faks : 07-3345245
http://kpatsni.blogspot.com


Saturday, 28 April 2012

Kontigen Johor Dapat No. 3 keseluruhan

Pada 22-27 April bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin, Kuala Terengganu telah diadakan Perkhemahan Intergrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan kali ke 11. Seramai lebih dari 1000 anggota kadet dari 15 negeri seluruh Malaysia menyertai perkhemahan tersebut. Kontigen Johor diwakili 5 buah sekolah iaitu SMK Tun Syed nasir (30 anggota dan 3 guru pengiring) SMK Seri Kota Puteri Masai (20 anggota dan 1 guru pengiring) SMK Permas Jaya 2 (5 anggota 1 guru), SMV Muar (5 anggota 1 guru) dan SMK UNgku Husin Endau (12 anggota dan 3 guru)
SMK Tun syed Nasir Ismail menghantar wakil lelaki dalam 3 acara pertandingan iaitu :
Kawad Kaki Lelaki - Johan
Melawan Kebakaran - Ketiga
Menyelamat - ketiga

SMK Permas jaya 2
Perawatan Awal (PC)/P- Ketiga

SMK Ungku Hussin
Melawan Kebakaran (P)-Kedua
Menyelamat (P)

SMK Seri Kota Puteri
Kawad kaki Perempuan

SMV Muar
Perawatan Awal (L)

Kontigen Johor mendapat tempat ketiga keseluruhan

Sarjan Kadet Mohd Saiful Bin Sendu diumumkan sebagai Ketua Platun (L) terbaik
gambar akan diupload kemudian

Sunday, 15 April 2012

KaPA SMK Tun Syed Nasir Ismail Juara keseluruhan Negeri Johor

Pada 14 April 2012 (Sabtu) Bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan, Telah di adakan pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Johor. KaPA SMK Tun Syed Nasir Ismail JB telah menghantar 30 orang anggota untuk menyertai 3acara kemahiran daripada 8 kategori yang di pertandingkan.

Sebagai Pasukan bukan pilihan, anggota Kadet berjaya membuktikan misi ke Terengganu kini dalam genggaman. Berikut adalah keputusan Pertandingan tersebut.

Kawad kaki (L) - Johan
Menyelamat (L) - Johan
Melawan Kebakaran (L) - johan

Kesemua anggota yang terlibat akan mewakili kontigen negeri Johor dalam Perkhemahan Intergrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat kebangsaan pada 22-25 April di Kem Pengakap Telaga Batin Kuala Terengganu.

Semoga mereka akan terus mencapai kecemerlangan di peringkat seterusya.









Kami Juara Zon Selatan

Bertempat di Kolej Komuniti YPJ Ungku Mohsin Larkin. Pada 5 April 2012(Khamis)
Telah diadakan pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Selatan

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut

Kawad Kaki (L)-Johan
Kawad Kaki (P) - Kedua
Menyelamat (L)-Johan
Melawan Kebakaran (L)- Johan
Pertolongan Cemas(P)- Ke-4

Mohd Saiful Bin Sendu diumumkan sebagai Ketua Platun Terbaik
SMK Tun Syed Nasir Ismail juga diumumkan sebagai Johan keseluruhan pertandingan tersebut