JALAN BUNGA RAYA KECIL
KG DATO SULAIMAN MENTERI
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR

No. Tel : 07-3334329

No. Faks : 07-3345245
http://kpatsni.blogspot.com


Monday, 17 January 2011

Lawan web baru sekolah

Laman web sekolah telah berwajah baru.
sila layari laman sesawang

http://smktsnijb.blogspot.com/

Thursday, 6 January 2011

PENDAFTARAN AHLI BARU KADET

Pada 6 jan telah diadakan pendaftaran anggota baru Kadet Pertahanan Awam bertempat di astaka berbumbung. Sambutan yang sangat menggalakan dikalangan pelajar. Di harapkan agar anggota baru Kadet Pertahanan Awam dapat mengekalkan kecemerlangan KaPA di masa-masa akan datang.



KEPUTUSAN PMR

Keputusan PMR telah diumumkan pada 23 Disember yang lalu.
SMK Tun Syed Nasir Ismail  telah membuat satu lakaran sejarah yang baru apabila peratus kelulusan pelajar meningkat dari 61% pada tahun 2009 kepada 70.72% pada tahun 2010. Sesuatu yang membanggakan. Seramai 13 orang pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Tahniah untuk Norasmathirah bt Anuar anggota Kadet Kertahanan Awam yang telah mendapat 9A dalam PMR tahun ini. Kejayaan anda akan memberikan inspirasi kepada semua anggota kadet yang lain.

Kepada pelajar yang tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Usaha lagi dalam pepriksaan SPM tahun 2012 nanti. Kepada yang berjaya tahniah.

Tahniah juga kepada semua warga pendidik TSNI yang telah berusaha tanpa mengenal penat lelah.

SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum......

Tahun baru bermakna sekolah kini dibuka semula. tanggal 3 januari 2011 SMK Tun Syed Nasir Ismail telah dibuka semula. Pelbagai gelagat dapat dilihat warga TSNI pada hari pertama pesekolahan. Tahun baru juga bermakna pelajar akan bertukar kelas dan bertukar guru yang mengajar.

Kami guru-guru penyelaras Kadet Pertahanan Awam SMK Tun Syed Nasir Ismail ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Dan selamat menjadi warga baru TSNI terutama kepada semua pelajar tingkatan 1 yang mendaftar pada 3 jan 2011yang lalu. Semoga anda akan meyumbang ke arah kegemilang SMK Tun Syed Nasir Ismail pada masa yang mendatang.