JALAN BUNGA RAYA KECIL
KG DATO SULAIMAN MENTERI
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR

No. Tel : 07-3334329

No. Faks : 07-3345245
http://kpatsni.blogspot.com


Saturday, 3 April 2010

KPA Johan Pertandingan Kawad Antara Unit Beruniform

03 April 2010 bertempat di hadapan dewan Tun Syed Nasir Ismail telah diadakan pertandingan  kawad kaki antara unit beruniform.
Kesemua unit beruniform SMK Tun Syed Nasir Ismail telah menyertai pertandingan ini iaitu Pasukan St John Ambulance, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Trafik Sekolah, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(L), Kadet Pertahanan Awam, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Persatuan Bulan sabit Malaysia, Renjer Puteri dan Kadet Polis Diraja Malaysia.

Setiap pasukan bertanding menunjukkan kesungguhan masing-masing dengan gaya yang tersendiri.
Tahniah Buat Semua 31 anggota kadet KPA yang telah menunjukkan kesungguhan sehingga dinobatkan sebagai Johan untuk tahun ini. Tahniah untuk Ahmad Naqiuddin kerana  telah dinobatkan sebagai Ketua Platun  terbaik.

Terima kasih tak terhingga buat jurulatih Koperal Amir dan Staff Shah di atas tunjuk ajar yang diberi.
terima kasih juga untuk JPAM Johor kerana sentiasa menyokong pasukan KPA SMK TSNI.

Terima kasih juga untu semua guru penasihat KPA yang sentiasa memberi tunjuk ajar.
Untuk semua warga TSNI kita semua adalah juara

Terima Kasih

1 comment: